Tadi Apple baru sahaja melancarkan iPhone yang baru, iaitu iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.
Untuk artikel kali ini, kita akan membincangkan perkara menarik tentang iPhone 15 dan iPhone 15 Plus.
Perkara yang menarik tentang iPhone 15 series ni ialah semua model iPhone 15 ini sudah menggunakan sambungan USB Type C.
Ini perkara memang perlu Apple lakukan kerana kebanyakan peranti Apple seperti MacBook, iPad dan AirPod sudah menggunakan sambungan USB Type C.
Jadi, adalah terlalu janggal jika iPhone masih kekalkan menggunakan sambungan lightning.
Sebenarnya, jika anda perhatikan sejak tahun lepas Apple sudah memberikan “hint” yang mereka akan menggunakan sambungan USB Type C pada keluar iPhone akan datang.
Ini kerana Apple perlu mematuhi piawaian peraturan European Union berkenaan dengan penggunaan sambungan USB Type C pada semua peranti.
Ciri-ciri yang lain tidak banyak perbezaan dengan model iPhone sebelumnya. Cuma untuk iPhone 15 dan iPhone 15 Plus terdapat warna yang menarik iaitu: Pink, Yellow, Green, Blue dan Classic Black.
Dari sudut saiz Display, Apple kekalkan sama seperti iPhone 14. Begitu juga dengan ciri Dynamic Island. Semua model iPhone 15 mempunyai ciri ini.
Dari segi kamera pula, kamera utama pada iPhone 15 ini mempunyai 48MP sama seperti iPhone sebelumnya iaitu iPhone 14 Pro.
Penambahbaik yang Apple lakukan ialah ciri Zoom. Terdapat 2X zoom pada iPhone 15 tanpa merosakan kualiti gambar. Untuk kamera Wide, Apple kekalkan 0.5X sama seperti model sebelumnya.
iPhone 15 dan iPhone 15 Plus ini menggunakan kuasa A16 Bionic sama seperti terdapat pada iPhone 14 Pro.
Oh ya. Jika iPhone 15 anda kehabisan bateri, anda boleh charge dengan iPhone kenalan anda menggunakan cable.
Begitu juga, jika AirPod anda kehabisan bateri, anda boleh charge menggunakan iPhone anda melalui cable.
Untuk ciri Satelit, ada penambahan pada model iPhone 15 ini. Iaitu Roadside Assistant.
Sebagai contoh untuk memudahkan pemahaman anda, jika kereta anda rosak di hutan tebal Grik, tiada coverage phone, anda boleh menggunakan ciri satelite ini untuk hubungi talian kecemasan untuk pertolongan.
Tetapi malangnya di Malaysia tidak terdapat perkhidmatan satelite ini.
Dari segi harga, Apple mengatakan harga masih kekal seperti pelancaran iPhone 14 tahun lepas. Anggrana RM4,000-RM6,000. iPhone 15 dan iPhone 15 Plus ini dijangka akan tiba di Malaysia pertengah bulan Oktober.
Jika anda berminat untuk mendapatkan iPhone 15 series ini secara ansuran, anda boleh menghubungi Afzan Valley. Pembayaran bulanan yang rendah, anda pasti mampu untu memilik iPhone 15 ini.