Untuk artikel kali ini, kami bawakan kepada anda 10 ciri yang menarik tersembunyi pada iPhone. Kami pasti masih ramai yang tidak tahu!
1 Anda tak perlu lagi menekan button back berkali-kali untuk kembali pada menu sebelumnya. Tekan lama-lama pada button back, kemudian anda boleh pilih menu sebelumnya.
2 Anda boleh adjust volume iPhone tanpa menekan button volume berkali kali. Tekan sekali je button volume, kemudian adjust pada screen.
3 Jika anda nak taip apa apa, tap sekali sahaja dengan 3 jari serentak. Akan keluar bar untuk undo, redo, copy dan paste.
4 Anda juga boleh swipe kiri dan kanan menggunakan 3 jari serentak.
5 Ciri tersembunyi iPhone yang ini sangat mudah. Waktu menaip, tiba-tiba ada kesalahan pada tengah-tengah ayat, anda boleh menggunakan keyboard space. Tekan lama-lama pada space kemudian bawa pada kesalahan typing untuk diperbetulkan.
6 Anda boleh set countdown timer dengan cepat dengan menekan lama-lama button timer pada control centre iPhone anda.
7 Anda boleh menukar kembali pada aplikasi sebelumnya dengan swipe garis bar yang terdapat pada bahagian bawah screen iPhone anda.
8 Anda selalu guna apps seperti Shoppe, game Monopoly Go dan pereka aplikasi ini sering meminta anda untuk rate aplikasi mereka. Anda boleh menutup permintaan ini dengan turn off kan bahagian ini. Setting > Apps Store > In-app Rating & Review
9 Ciri tersembunyi iPhone yang ini paling ramai tak tahu. Cara paling pantas untuk buka aplikasi kamera. Hanya pergi ke menu utama kemudian swipe ke kiri.
X Anda peniaga atas talian dan perlu reply message pelanggan yang ramai. Untuk reply dengan cepat, anda boleh setkan text shortcut disini: Setting > general > Keyboard > Text Replacement